PoliticsSinar Harian31 Oct, 16:06
13 Ahli Parlimen tandatangan CSA kekal pembangkang, bebas kritik kerajaanKUALA LUMPUR – Seramai 13 Ahli Parlimen yang menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dengan Kerajaan Madani pada Khamis masih kekal sebagai pembangkang serta bebas mengkritik kerajaan dan menjalankan fungsi semak dan imbang terhadap pentadbiran negara.Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, perjanjian berkenaan tidak bermakna Ahli Parlimen terbabit perlu menyokong semua perkara yang dibawa oleh kerajaan.Sebaliknya, beliau menjelaskan, persefahaman itu membolehkan kerajaan menyediakan peruntukan setara kepada kawasan Parlimen