ElectionsSinar Harian31 Oct, 15:21
PRN Melaka: Akmal Saleh pertahan kerusi BN, abang wakili BersamaSHAH ALAM - Abang kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, Dr Muhammad Solehin Saleh, antara 16 calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Dr Muhammad Solehin, 40, mewakili parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban di Parlimen Jasin dalam saingan empat penjuru.Beliau bakal berdepan tiga calon lain iaitu Muhammad Rabaie Ab Hamid (Bersatu), Dr Mohd Yadzil Yaakub (PN-Wawasan) dan Abd Halim Said (Bebas).Dr Muhammad Solehin merupakan seorang doktor perubatan dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Kedoktoran Umum dari Universi