PolicySinar Harian31 Oct, 14:35
Larangan Waze: JPA yakin penjawat awam patuh arahanGOPENG - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yakin larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze ketika menjalankan urusan rasmi akan dipatuhi sepenuhnya oleh penjawat awam.Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, meskipun tahap pematuhan belum dapat dikenal pasti, namun kalangan penjawat awam memahami hasrat kerajaan dan akan mematuhi arahan ditetapkan."Dari segi peratusan pematuhan tu belum dapat kita kenal pasti lagi kerana dia baru sahaja diumumkan."Tetapi saya penuh yakin bahawa penjawat awam akan mematuhi apa yang telah digariskan oleh kerajaan," katanya